Batik dihasilkan dengan kaedah semburan cat di atas kepingan akrilik plastik. Langkah demi langkah perlu dilakukan agar batik yang cantik dapat dihasilkan.
Untuk hiasan dinding, ukuran biasanya bermula daripada 20cm hingga 100cm lebar dan panjang hingga 130cm.
Di dalam ruang akrilik plastik tersebut perlulah dilukiskan lakaran yang bersesuaian sama ada batik tradisional, moden ataupun gabungan keduanya. Tulisan khat boleh dimasukkan sebagai tambahan hiasan khususnya untuk yang beragama Islam.
Untuk cenderahati, biasanya ukurannya lebih kecil tetapi kaedah penghasilannya tetap sama.
Bagi alas meja pula, potongan akrilik plastik perlulah dipotong mengikut ukuran meja. Setelah batik terhasil. kepingan cermin diletakkan di atasnya agar ianya tidak mudah rosak.
Apapun setiap hasil yang dibuat adalah berbeza kerana berbagai teknik boleh dilakukan ketika semburan dibuat.
Harga: RM 45.00/kaki persegi ( dirunding mengikut penghasilan dan kreativiti )
Kursus menghasilkan batik: RM80.00 seorang ( minima 10 orang setiap sesi )
Untuk tempahan:
HAMZAH BATIK AKRILIK
NO 11, JALAN JAYA 1/2,
TAMAN JAYA 1,
86200, SIMPANG RENGAM,
JOHOR.
facebook: rawianhamzah@yahoo.com
Tel: 013-7388001
No comments:
Post a Comment